Masmerah aziz

13 June 2011

Pemandu maut ditimbus tanah

kita sering di gemparkan dengan pelbagai jenis kemalangan yang berlaku di negara kita. kemalangan ini di sebabkan oleh kecuaian pemandu yang memandu kenderaan bermotor secara cuai.kemalangan boleh berlaku pada bila masa sahaja. jika pemandu tidak berhati- hati

stastistik menunjukkan kemalangan di negara ini semakin meningkat, walaupun banyak kempen keselamatan untuk memberi kesedaran bagi setiap pemandu tetapi masih berdegil dalam hal pemanduaan.

hal ini tidak akan terjadi jika setiap orang mengikuti peraturan jalan raya yang telah di tetapkan oleh penguat kuasa jalan raya iaitu Jabatan Pengagkutan Jalan (JPJ).

sedikit sedutan yang mana pemandu lori berlaku kemalangan jalan raya semalam. petikan daripada berita harian :

Lereng bukit runtuh hempap lori

BERUAS: Seorang pemandu maut selepas lori dipandunya ditimpa runtuhan tanah bersama pokok besar yang terdapat di lereng bukit ketika melakukan kerja pembersihan di tanah persendirian di kawasan Ulu Licin, dekat sini pagi semalam. Dalam kejadian jam 10.53 pagi, Shah Faizal Ashraf Ahmad, 33, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan beberapa bahagian badan.
 
Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa sedang menjalankan kerja pemunggahan tanah apabila kawasan lereng bukit yang dikorek jengkaut berhampirannya, tiba-tiba runtuh lalu menimpa lori seberat satu tan itu.


Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa bersama pekerja lain sedang melakukan kerja pembersihan tanah di kawasan persendirian.



Berikutan itu, mereka terpaksa memberhentikan kerja pengorekan tanah berkenaan dan mengambil masa sehingga 30 minit untuk mengeluarkan mangsa.



Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohd Jamil Osman, berkata mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Beruas tetapi disahkan meninggal dunia sebaik diperiksa.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Pantai Remis diketuai Ketua Operasi, Ali Saad bersama enam anggota dan satu jentera pemadam api terpaksa mengambil masa 45 minit tiba di tempat kejadian berikutan kedudukannya agak jauh dan terpaksa melalui jalan menuju Hutan Lipur Ulu Licin

No comments: