Masmerah aziz

26 February 2012

Rukun Solat

اسالااموءالاءيكوم

Hari ini pengajian saya pada rukun solat, rukun2 solat adalah rukun dimana kita melakukan sebelum, semasa dan selepas  menunaikan solat, kita seharunya melakukan kesemua rukun solat ini,



mari kita lihat bagaimana dan apakah itu rukun solat :

@masmerahaziz

Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori:
Qalbi (diingat dalam hati)
Qauli (diucap dengan lidah)
Fi'li (perbuatan)

Rukun solat ada 13 perkara iaitu:
1- Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]


2- Niat.[Qalbi]

3- Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]

4- Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]

5- Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li]

6- Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li]

7- Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li]

8- Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li]

9- Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]

10- Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. [Qauli]

11- Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]

12- Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]

13- Tertib [Qalbi]
@masmerahaziz

24 February 2012

Rukun Iman

 Dalil Al Quran tentang Rukun Iman

 Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh." (Surah An-Nisaa': 136)

Dari ayat diatas Rukun Iman disebutkan hanyalah lima perkara iaitu
1.       Percaya kepada Allah
2.      Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
3.      Percaya kepada Malaikat-Malaikat
4.      Percaya kepada Kitab-Kitab
5.      Percaya kepada Hari Akhirat
Tidak disebut rukun iman ke-6 iaitu
1.       Percaya kepada Qada' dan Qadar
Kewajipan beriman kepada Qada' dan Qadar sememangnya tidak diterangkan di dalam ayat 136 surah an-Nisaa'. Namun begitu, Rukun Iman ke-6 yang digariskan oleh Rasulullah tetap mempunyai asas di dalam al-Quran berdasarkan kepada ayat-ayatnya yang lain iaitu:-
" Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Surah Al-Hadid: 22-23)




Dalil Hadis tentang Rukun Iman


Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
" Pada suatu hari, Rasulullah saw. muncul di antara kaum muslimin.

Lalu datang seorang laki-laki dan bertanya: Wahai Rasulullah, apakah Iman itu?
Rasulullah saw. menjawab: Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, pertemuan dengan-Nya, rasul-rasul-Nya dan kepada hari berbangkit.
Orang itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah, apakah Islam itu?
Rasulullah saw. menjawab: Islam adalah engkau beribadah kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan apa pun, mendirikan solat fardu, menunaikan zakat wajib dan berpuasa di bulan Ramadan.
Orang itu kembali bertanya: Wahai Rasulullah, apakah Ihsan itu?
Rasulullah saw. menjawab: Engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Dan jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia selalu melihatmu.
Orang itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah, kapankah hari kiamat itu?
Rasulullah saw. menjawab: Orang yang ditanya mengenai masalah ini tidak lebih tahu dari orang yang bertanya. Tetapi akan aku ceritakan tanda-tandanya; Apabila budak perempuan melahirkan anak tuannya, maka itulah satu di antara tandanya. Apabila orang yang miskin papa menjadi pemimpin manusia, maka itu tarmasuk di antara tandanya. Apabila para penggembala domba saling bermegah-megahan dengan gedung. Itulah sebagian dari tanda-tandanya yang lima, yang hanya diketahui oleh Allah.
Kemudian Rasulullah saw. membaca firman Allah Taala: Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
Kemudian orang itu berlalu, maka Rasulullah saw. bersabda: Panggillah ia kembali! Para sahabat beranjak hendak memanggilnya, tetapi mereka tidak melihat seorang pun. Rasulullah saw. bersabda: Ia adalah Jibril, ia datang untuk mengajarkan manusia masalah agama mereka. (Kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 10)



Rukun Islam

Rukun Islam ada lima (5) perkara :

1 Mengucap dua kalimah syahadat
2 Sembahyang lima waktu
3 Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
4 Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
5 Menunaikan zakat

@masmerahaziz

06 August 2011

Kenapa riba Haram dalam insurans??

Riba ertinya adalah al-ziyadah (tambahan). Daripada segi bahasa, bermaksud tambahan atau kenaikan. Secara istilah, ia bermaksud penambahan nilai ke atas sesuatu pinjaman yang disyaratkan oleh pemberi pinjaman atau dijanjikan oleh penerima pinjaman manakala dalam pertukaran sesetengah barangan dan matawang, ia bermaksud perbezaan nilai akibat kuantiti yang berbeza ataupun perbezaan waktu pertukaran.

19 June 2011

Apa itu Takaful

Definisi takaful, menurut Akta Takaful 1984, iaitu sebagai satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu. Melihat kepada definisinya sahaja sudah cukup cantik dimana takaful ini berasaskan kepada persaudaraan, dengan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan perlindungan dan saling membantu di kalangan pesertanya. Konsep kerjasama inilah yang amat dituntut dalam agama Islam.

Di dalam agama Islam, penekanan kepada konsep kerjesama ini adalah amat jelas sebagaimana mafhum sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud iaitu :

“Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain”.