26 February 2012
Rukun Solat
Hari ini pengajian saya pada rukun solat, rukun2 solat adalah rukun dimana kita melakukan sebelum, semasa dan selepas menunaikan solat, kita seharunya melakukan kesemua rukun solat ini,
mari kita lihat bagaimana dan apakah itu rukun solat :
@masmerahaziz
Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori:
Qalbi (diingat dalam hati)
Qauli (diucap dengan lidah)
Fi'li (perbuatan)
Rukun solat ada 13 perkara iaitu:
1- Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]
2- Niat.[Qalbi]
3- Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]
4- Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]
5- Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li]
6- Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li]
7- Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li]
8- Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li]
9- Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]
10- Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. [Qauli]
11- Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]
12- Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]
13- Tertib [Qalbi]@masmerahaziz
24 February 2012
Rukun Iman
Dalil Al Quran tentang
Rukun Iman
Wahai orang-orang
yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab
Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada
Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur
ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan
Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan
kesesatan yang amat jauh." (Surah An-Nisaa': 136)
Dari ayat diatas Rukun Iman disebutkan
hanyalah lima perkara iaitu
1. Percaya kepada Allah
2. Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
3. Percaya kepada Malaikat-Malaikat
4. Percaya kepada Kitab-Kitab
5. Percaya kepada Hari Akhirat
Tidak disebut rukun iman ke-6 iaitu
1. Percaya kepada Qada' dan Qadar
Kewajipan beriman kepada Qada' dan Qadar sememangnya
tidak diterangkan di dalam ayat 136 surah an-Nisaa'. Namun begitu, Rukun Iman
ke-6 yang digariskan oleh Rasulullah tetap mempunyai asas di dalam al-Quran
berdasarkan kepada ayat-ayatnya yang lain iaitu:-
“
|
" Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang
ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah
sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya;
sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu
diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah
luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga)
dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada
tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Surah Al-Hadid:
22-23)
|
Dalil Hadis tentang Rukun Iman
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia
berkata:
“
|
" Pada suatu hari, Rasulullah saw. muncul di antara kaum
muslimin.
Lalu datang seorang laki-laki dan
bertanya: Wahai Rasulullah, apakah Iman itu?
Rasulullah saw. menjawab: Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, pertemuan dengan-Nya, rasul-rasul-Nya dan kepada hari berbangkit. Orang itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah, apakah Islam itu? Rasulullah saw. menjawab: Islam adalah engkau beribadah kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan apa pun, mendirikan solat fardu, menunaikan zakat wajib dan berpuasa di bulan Ramadan. Orang itu kembali bertanya: Wahai Rasulullah, apakah Ihsan itu? Rasulullah saw. menjawab: Engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Dan jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia selalu melihatmu. Orang itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah, kapankah hari kiamat itu? Rasulullah saw. menjawab: Orang yang ditanya mengenai masalah ini tidak lebih tahu dari orang yang bertanya. Tetapi akan aku ceritakan tanda-tandanya; Apabila budak perempuan melahirkan anak tuannya, maka itulah satu di antara tandanya. Apabila orang yang miskin papa menjadi pemimpin manusia, maka itu tarmasuk di antara tandanya. Apabila para penggembala domba saling bermegah-megahan dengan gedung. Itulah sebagian dari tanda-tandanya yang lima, yang hanya diketahui oleh Allah. Kemudian Rasulullah saw. membaca firman Allah Taala: Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. Kemudian orang itu berlalu, maka Rasulullah saw. bersabda: Panggillah ia kembali! Para sahabat beranjak hendak memanggilnya, tetapi mereka tidak melihat seorang pun. Rasulullah saw. bersabda: Ia adalah Jibril, ia datang untuk mengajarkan manusia masalah agama mereka. (Kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 10) |
Rukun Islam
Rukun Islam ada lima (5) perkara :
2 Sembahyang lima waktu
3 Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
4 Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
5 Menunaikan zakat
@masmerahaziz
06 August 2011
Kenapa riba Haram dalam insurans??
Riba ertinya adalah al-ziyadah (tambahan). Daripada segi bahasa, bermaksud tambahan atau kenaikan. Secara istilah, ia bermaksud penambahan nilai ke atas sesuatu pinjaman yang disyaratkan oleh pemberi pinjaman atau dijanjikan oleh penerima pinjaman manakala dalam pertukaran sesetengah barangan dan matawang, ia bermaksud perbezaan nilai akibat kuantiti yang berbeza ataupun perbezaan waktu pertukaran.
19 June 2011
Apa itu Takaful
Definisi takaful, menurut Akta Takaful 1984, iaitu sebagai satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu. Melihat kepada definisinya sahaja sudah cukup cantik dimana takaful ini berasaskan kepada persaudaraan, dengan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan perlindungan dan saling membantu di kalangan pesertanya. Konsep kerjasama inilah yang amat dituntut dalam agama Islam.
Di dalam agama Islam, penekanan kepada konsep kerjesama ini adalah amat jelas sebagaimana mafhum sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud iaitu :
“Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain”.
Subscribe to:
Posts (Atom)